Memaparkan catatan dengan label Ku Cari Makna Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ku Cari Makna Hidup. Papar semua catatan

Cara Masak Ikan Terbaik

0 comments

Nak masak ikan pasti dan pasti kena ada caranya. Biar masakan itu adalah yang terbaik untuk keluarga kita. Cara bagaimana kita memasaknya akan menentukan sejauh mana kita akan mendapat manfaat darinya. 

Ikan yang dimasak dengan cara yang betul akan memberi kesan yang lebih baik kepada kesihatan terutamanya jantung kita.


Ikan yang dimasak dengan cara bakar, kukus atau rebus adalah cara masak ikan terbaik kerana ia dapat memelihara kandungan Omega 3 yang tinggi serta mineral dan vitamin yang lain.


Ikan yang digoreng, dikeringkan atau diasinkan pula akan menjejaskan kandungan Omega 3. Rugikan kalau Omega 3 dah berkurang. Silap-silap dah hilang terus.


Maklumat di atas ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan oleh American Heart Association's Scientific Sessions.


Kajian mereka ini turut mengambil kira dari mana sumber ikan tersebut, kekerapan dan kuantiti ikan yang dimakan dan jenis Omega 3 yang diambil oleh 82,243 lelaki dan 103,884 perempuan dari pelbagai bangsa di mana mereka ini bebas dari sakit jangtung. 


Hasil kajian menunjukkan lelaki yang tinggi pengambilan Omega 3, semakin berkurang ia mengalami risiko sakit jantung. Kesan yang sama juga berlaku terhadap wanita walaupun kesannya tidak konsistan seperti lelaki.



Pilih Cara Masak Terbaik Untuk Kesihatan Jantung Anda


Lihat, mereka yang makan ikan yang masih tinggi kandungan asid lemak Omega 3 memang terbukti dapat kurangkan risiko sakit jantung. 


Bila masak ikan, pilihlah untuk memasaknya dengan cara bakar, kukus atau rebus kerana cara ini telah pun terbukti dapat mengekalkan kandungan asid lemak Omega 3 yang lebih tinggi.




Ikan Rohu Bakar Pedas


Sebelum dan Selepas


Ikan Temenung(Kembung) Rebus


Cara lain pun ok. Cuma kalau ada cara yang lebih sihat apa salahnya. Bagi yang tidak memasak boleh pilih menu ikan yang dimasak dengan cara bakar, kukus atau rebus di kedai-kedai makan. 

Kita buat semua ini pun bukan untuk siapa, untuk diri kita juga. Apa yang kita makan hari ini akan menentukan kesihatan kita dimasa depan.



Omega 3 Ikan Laut Dalam


Ikan laut dalam selalunya mengandungi kandungan Omega 3 yang lebih tinggi daripada ikan yang hidup dipermukaan laut dan ikan air tawar. 


Ikan Salmon, Tuna, Sardin antara ikan yang sering mendapat permintaan yang tinggi kerana kandungan Omega 3 yang tinggi. 


Asid Eikosapentanoik(EPA) dan Asid Dokosaheksanoik(DHA) antara asid lemak Omega 3 yang terdapat pada ikan-ikan laut dalam ini. 


EPA dan DHA ini terbina dari sumber alga dan tumbuhan laut dalam terutamanya kawasan air sejuk. Alga dimakan oleh zooplankton, zooplankton dimakan oleh ikan laut dalam, ikan laut dalam dimakan oleh manusia. 


Kebesaran bagi Allah swt yang mencipta dan menjadikan rantaian haiwan dan tumbuhan ini untuk keperluan khalifahnya di muka bumi ini. Dari sekecil-kecil haiwan dan tumbuhan hingga sebesar-besar alam semesta. Semuanya diciptakan dengan mempuyai peranan yang tersendiri. Kita hanya mengambil manfaat dari setiap ciptaanNya.


Adalah diketahui rantaian panjang asid lemak Omega 3, EPA dan DHA amat penting dalam membantu sistem kardiavaskular kita yang terdiri daripada jangtung, paru-paru, otot, salur darah, dan darah. 


Pengambilan EPA dan DHA pada kadar tertentu dipercayai boleh membantu mengurangkan penyakit kardiovascular seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik, mati awal dan penyakit-penyakit lain. Insya Allah dengan pemakanan dan senaman(aktiviti fizikal) yang dijaga, risiko menghidapi penyakit-penyakit ini dapat dikurangkan.



Sakit Jantung Pembunuh Senyap


Hari ini sakit jangtung merupakan pembunuh utama di negara kita. Berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, rekod kematian di hospital sepanjang tahun 2008 telah menunjukkan sakit Jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia merangkumi 16.5 peratus. Dianggarkan terdapat 40,000 kes baru penyakit jantung koronari setiap tahun bagi 28 juta penduduk. Kematian akibat penyakit ini juga dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding penyakit kanser dikalangan wanita.


Tahun 2013 dan 2014 ini sahaja saya ada menerima beberapa berita duka dimana ada kenalan terdekat dipanggil pulang mengadap Maha Pencipta dan sakit jantung adalah penyebabnya. Sakit jantung sekarang ini sudah tidak mengenal usia. Pilunya melihat isteri dan anak yang masih kecil menangis di atas pemergian suami dan ayah tersayang.


Kehidupan hari ini yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan. Kesibukan bekerja telah menyebabkan kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan tiada masa untuk bersenam. 


Cara hidup yang tidak sihat ini perlu segera diubah. Cegahlah sebelum ianya menjadi parah. Usia muda bukan lagi jaminan untuk kekal sihat kerana menurut Dr. Ahmad Sadi Mahmoos Zuhdi, Perunding Kardiologi PPUM, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah dan 95 peratus darinya adalah lelaki.


Siapa tahu, tengah sihat tiba-tiba boleh mati. Penyakit Jantung ini boleh datang secara mengejut. Orang yang mengalaminya tidak menyedari ia mengalami sakit jantung. Ia datang secara tiba-tiba.


Jadi pilihlah untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Munkin boleh lebih untuk memasak sendiri kerana kita tahu bahan-bahan yang digunakan dan ianya lebih selamat. Ubah cara kita memasak dan pilihlah cara masak yang terbaik lagi menyihatkan. 


Lakukan aktiviti fizikal secukupnya seperti banyakkan berjalan kaki, 10,000 langkah setiap hari. Dan amalkan pengambilan supplemen yang berkualiti dan berkesan bagi melengkapkan nutrisi badan.



Omega Guard 


Omega Guard Shaklee antara minyak ikan yang mengandungi Omega 3 yang tinggi EPA dan DHA dipasaran. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk di perairan Jepun. Antaranya ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies.


Satu kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan dan ianya bebas toksik.


Kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini digunakan dalam penghasilan Omega Guard Shaklee. Kaedah utlratulen merupakan proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti Plumbum, Merkuri, Arsenik, Kadmium, Dioksin, dan Polychlorinated Byphenyl (PCB).


Omega Guard sangat berbeza daripada produk Omega 3 dipasaran kerana Omega Guard Shaklee antara minyak ikan Omega 3 yang tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi. Jadi ia adalah pilihan yang terbaik.


Nota: 

EPA dipercayai berfungsi untuk mencegah pembekuan darah,  membantu melancarkan peredaran darah, mencegah penyakit darah tinggi, mengawal kadar kolestrol yang berlebihan, menghindar tekanan perasaan serta mencegah kanser. 


DHA pula dipercayai turut membantu mencegah asma, meningkatkan daya seksual, mencegah sakit kulit, mengelak kanser payu dara dan kanser prostat, menghindar dari migrain, rasa kebas anggota badan serta dapat mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.



Kepada yang ingin mencuba Omega Guard Shaklee inilah masanya, bertindaklah segera sebelum terlambat. 


Apa yang kita makan dan lakukan pada hari ini akan menentukan tahap kesihatan kita sepuluh tahun akan datang. 


Bermakna tahap kesihatan yang kita ada hari ini juga terhasil daripada daripada apa yang kita makan dan lakukan sepuluh tahun yang lalu sehingga ke hari ini.




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana side income 4-5 angka sebulan dengan Shaklee?
Hubungi saya untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Firdaus & Aqmariah
Shaklee ID: 988442
aqmafirdaus@gmail.com
019-4158771 (Call, SMS, WhatsApp)




Kisah Gembala Kambing , Gembala Unta dan Gembala Sapi Bani Israel

1 comments




Ujian harta.


Intisari Hadits: Al-A'raf: 96-99

Abu Hurairah r.a menuturkan bahawa dia mendengar Nabi saw.

Rasulullah saw bersabda:

"Ada 3 orang dari Bani Israel yang menderita sakit.

Yang pertama menderita penyakit kusta, yang kedua berkepala botak dan yang ketiga buta.

Kemudian Allah Taala menguji mereka dengan mengutuskan malaikat lalu bertanya kepadanya;

 "Apa yang paling kamu sukai?

" Orang ini menjawab; "Warna kulit dan kulitku yang bagus kerana sekarang ini manusia menjauhi dariku."

Beliau melanjutkan,"Maka malaikat itu mengusap kulitnya hingga hilang dan berganti dengan warna dan kulit yang bagus."

Lalu malaikat bertanya lagi;"Harta apa yang paling kamu sukai?" Orang itu menjawab;"Unta."

[ Perawi berkata: "Atau sapi," perawi ragu bahawa orang yang berpenyakit kusta ataukah yang berkepala botak."

Yang satu berkata; Unta dan lainnya berkata; Sapi.]

Maka dia diberi puluhan unta, lalu malaikat berkata;"Semoga pada unta-unta itu ada keberkahan buatmu."

Kemudian malaikat itu mendatangi orang yang berkepala botak dan bertanya kepadannya; "Apa yang paling kamu sukai?"

Orang ini menjawab; "Tumbuh rambut yang bagus dan penyakit ini pergi dariku kerana sekarang ini manusia menjahui dariku."

Beliau melanjutkan, "Maka malaikat itu mengusap kepala orang ini hingga hilang dan berganti dengan rambut yang  bagus."

Lalu malaikat bertanya lagi;" Harta apa yang paling kamu sukai?"

Orang itu menjawab;"Sapi"

Maka dia diberi seekor sapi yang sedang bunting lalu malaikat berkata;" Semoga pada sapi itu ada keberkahan buatmu."


Kemudian malaikat itu mendatangi orang yang buta lalu bertanya kepadanya;"Apa yang paling kamu sukai?"

Orang ini menjawab;"Seandainya Allah Taala mengembalikan penglihatanku sehingga dengan penglihatan itu aku dapat melihat manusia."

Beliau melanjutkan:"Maka malaikat itu mengusap mata orang ini hingga Allah Ta'ala mengembalikan penglihatannya."

Lalu malaikat bertanya lagi;"Harta apa yang paling kamu sukai?" Orang itu menjawab; "Kambing."

Maka dia diberi seekor kambing yang bunting.

Maka kedua orang yang pertama tadi haiwan-haiwanya berkembang biak dengan banyak begitu juga orang yang ketiga.

Masing-masing mereka memiliki lembah untuk mengembalakan unta-unta, lembah untuk mengembalakan sapi-sapi dan lembah untuk mengembalakan kambing-kambing.

Kemudian malaikat itu mendatangi orang yang tadinya berpenyakit kusta dalam bentuk keadaan seperti orang yang berpenyakit kusta lau berkata,"Saya orang miskin dan bekalku telah habis dalam perjalananku ini dan tidak ada yang menyampaikan aku hidup hingga hari ini kecuali Allah Taala."

Maka aku memohon kepadamu demi  orang yang telah memberimu warna dan kulit yang bagus berupa seekor unta, Apakah kamu mau memberiku bekal agar aku dapat meneruskan perjalananku ini?

Maka orang ini berkata;"Sesungguhnya hak-hak sangat banyak (untuk aku tunaikan)."

Lalu malaikat bertanya kepadanya;"Sepertinya aku  mengenal anda. Bukankah kamu dahulu orang yang berpenyakit kusta dan manusia menjauhimu dan kamu dalam keadaan yang fakir lalu Allah Taala memberimu harta?"

Orang ini menjawab;"Aku memiliki ini semua dari harta warisan turun temurun." Maka malaikat berkata;"Seandainya kamu berdusta, semoaga Allah Ta'ala Mengembalikanmu kepada keadaanmu semula."

Kemudian malaikat itu mendatangi orang dahulunya berkepala botak dalam bentuk keadaan orang yang berkepala botak, lalu malaikat mengatakan sebagaimana yang dikatakan kepada orang pertama tadi lalu orang yang dahulunya berkepala botak ini menjawab seperti jawaban orang yang dahulunya berpenyakit kusta lalu malaikat berkata;"Seandainya kamu berdusta, semoga Allah Ta'ala Mengembalikanmu kepada keadaanmu semula."

Lalu malaikat mendatangi orang yang dahulunya buta dalam bentuk sebagai orang buta lalu berkata;"Saya orang miskin yang bekalku sudah habis dalam perjalananku ini dan tidak ada yang menyampaikan aku hidup hingga hari ini kecuali Allah Ta'ala. Maka aku pohon kepadamu demi Zat yang telah Mengembalikan penglihatanmu berupa seekor kambing, apakah kau mau memberiku bekal agar aku dapat meneruskan perjalanan ini?"

Maka orang ini menjawab;"Dahulu aku adalah orang yang buta lalu Allah Ta'ala Mengembalikan penglihatanku dan juga seorang yang fakir lalu dia Memberiku kecukupan, maka itu ambillah sesukamu. Demi Allah, aku tidak akan menghalangimu untuk mengambil sesuatu selama kamu mengambilnya kerana Allah Ta'ala."

Maka malaikat itu pun berkata;"Peganglah hartamu. Sesungguhnya kalian sedang Diuji dan Allah Ta'ala telah redha kepadamu dan murka kepada kedua temanmu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



Seorang pengembala kambing yang sedang mengembala menggunakan tongkat gembala.




Ramadhan 11 Tadabbur

0 comments




Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Sesungguhnya Allah SWT yang memberikan ruang waktu untuk kita istiqamah melakukan ativiti yang baik seharian.

Waktu yang diberikan olehNYA hendaklah digunakan dengan baik dan jujur. 
Hindarkan sikap-sikap mazmumah dan banyak amalkan sikap mahmudah dalam diri.

Alhamdulillah… telah selesai segala jenis ‘mak nenek meeting’ setelah lebih kurang seminggu mesyuarat berlangsung.

Rasa lega sangat. Tapi petang kelmarin rasa bersalah kepada seorang sahabat, kerana tidak hadir meeting Conferences yang berlangsung pada jam 2.30 petang.

Really 1000x sorry K.Shazmin kerana biarkan K.Min sorang je ke meeting tersebut.

Petang kelmarin juga banyak sangat kerja menanti. Kena fokus kat report academic audit yang dah seminggu tertangguh kerana sibuk dengan meeting, meeting, meeting yang baru habis.

Walaupun mesyuarat berhari-hari berlangsung, tetapi ibadah tidak dilupakan sepanjang bulan puasa ni. Malah terasa lebih bersemangat untuk lebih memahami Kalam Allah yakni Kitab Suci Al-Quran.. 

Syukur. Masih dapat bertadabbur setiap hari. Nikmat waktu terluang yang diberi olehNYa.

Alhamdulillah , Allah memberi peluang untuk  memahami dengan lebih mendalam akan maksud di setiap penurunan ayat- ayat dalam Al-quran dengan adanya bantuan Asbabun Nuzul.



‘Al-Quran The Choice’ menjadi pilihan Aqma

Target 1 juzuk setiap hari kerana tak mau terlepas peluang mendapatkan kelebihan Ramadhan.

Setiap hari, Aqma cuba bahagikan masa untuk mentadabbur Al-Quran. Selepas solat subuh Aqma baca 10 mukasurat, selepas zohor  5 mukasurat. Selepas asar 5 mukasurat  atau  kalau tak sempat lepas asar, di qada’ baca selepas tarawih 5 ke 10 mukasurat.  Terkadang terlebih 1 juzuk lebih.

Walaupun tahun ni keseorangan membaca Al-quran tetapi  Aqma  tetap merasai kemanisan ayat-ayat suci Allah ini. 

Jika dimulai dengan niat yang baik, insyaAllah Allah permuadahkan. Kita akan merasai kemanisan iman tu. 


------------------------------------------------------


Surah Al-An’am: 160

Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dari sahabat Ibnu Abbas r.a. menuturkan, bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda tentang hadits yang diriwayatkan dari Tuhannya, 

“ Sesungguhnya, Allah ‘Azza wa Jalla adalah Zat Yang Maha Penyayang.
Barangsiapa yang berniat hendak melakukan sebuah kebaikan, dan dia tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kebaikan.

Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka ditulis baginya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat, bahkan berlipat-lipat.

Dan barangsiapa berniat hendak melakukan sebuah kejahatan dan tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kebaikan.

Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya satu kejahatan atau Allah akan menghapuskannya.

Dan tidak ada yang binasa di hadapan Allah, kecuali orang yang binasa (baragsiapa yang kejahatannya berlimpah-limpah hingga mengalahkan kebaikannya, maka dia adalah orang yang binasa).” 

(HR. Al Bukhari Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, 2/196)


---------------------------------------------------------


Every week..  adik Aqma Hakimi yang berada di Maahad Tahfiz Darul Quran Jakim Kedah  akan datang menemani  untuk bertadabbur Al-quran bersama-sama.

Alhamdulillah, Aqma tidak kesunyian,  setiap minggu suami dan adik balik menemani  untuk bertadabbur bersama-sama.

Terkadang sambil bertadabbur, diselitkannya tazkirah yang menyentuh hati.
Syukur sekali lagi pada Mu ya Allah kerana banyak nikmat yang telah kau berikan kepada kami tanpa kami sedari.

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???..


Akhir kalam,

Sambutlah Ramadhan dengan penuh rasa syukur dan jiwa yang terbuka..

Aqma doakan kita semua dapat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.

Jom hayati  Lirik Lagu dari kumpulan Hijjaz yang penuh pedoman.. 

‘NASIHAT RAMADHAN’…

Best lirik nya…

Bulan Ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar
Besar Ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali
Bulan Ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan
Banyakkan i’tikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan




Ramadhan Jangan Pergi !!

0 comments




4  Ramadhan  1435

Telah beberapa  hari Ramadhan berlalu. Terasa sayu di hati ini dengan Ramadhan yang telah pergi beberapa hari yang lalu.

Aku sering bertanya dihati ini di manakah diriku selama beberapa hari Ramadhan yang telah berlalu ini? Apa amalan yang telah ku laksanakan setelah beberapa hari Ramadhan berlalu ini ? 

Sedekah? Zikir?  Selawat? Gosip sana sini? Mengumpat ?? Cakap sia-sia ??? Dimana?  Mengapa?  Apakah amalan ku?  dan bagaimana ia boleh belaku ?? Kenapa aku terjebak sedemikian ?  

Sama-sama kita renungkan sahabat-sahabat sekalian.

Aku tidak tahu mengapa malam ini malam yang amat menyentuh Qalbu ku. 
Di saat keseorangan di sini, aku terasa ingin menggapai CINTAMU ya Allah.

Di saat hari pertama Ramadhan, ku merasakan Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang amat manis bagi ku. Tak pernah ku merasa sebegini seronok nak sambut Ramadhan.

Sehari sebelum Ramadhan, ku hias rumah ku seperti ku ingin menyambut hari raya. Rumah ku bersihkan sebaiknya. Walaupun ku masih penat pulang dari kerja.

Hari esoknya nak sambut Ramadhan, ku gagahkan juga menghias rumah ku untuk menyambut Ramadhan.

Sawang disapu, rumah sapu sebaiknya, disembur bauan sana sini, dimop lantai sehingga berkilat tanpa meninggalkan titisan hitam dek kerana sang labah-labah yang mengqada hajatnyaa di penghujung penjuru lantai rumah.

Ku lapkan debu yang semakin bersarang di setiap corong, di setiap almari, di setiap rak-rak buku.

Ya Allah.. seronoknya nak sambut Ramadhan kali ni. Terasa bersemangat pelik nih!!!!

Tetapi, setelah 4 hari Ramadhan berlalu…. ku bertanya pada diri….. adakah aku telah berpuashati akan amalan yang telah ku lakukan sepanjang beberapa hari ini???

Ya Allah… Kau berikanlah aku sentiasa bersemangat untukku meneruskan Ramadhan yang lebih kurang 26 hari lagi tinggal.







Justeru , Ya Allah kurniakan Ramadhan ini sebagai satu peluang untuk aku menggapai cintaMU.

Wassalam..


4  Ramadhan  1435 yang lalu.

By Aqmariah





Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.




Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.



Putih.. English Angora Rabbit..

0 comments






Putih

Pagi ini selepas sarapan bagi Putih pula bersarapan. Putih ini arnab kawan punya. Kawan Aqma mengandung, dah alahan pula dengan arnab.

Dia nak jual dah arnab ini sebenarnya. Tapi jadi sayang dan tak jadi jual. Anak-anak dia pun suka dengan arnab ni.

Jadi dia minta tolong Aqma jagakan. Kalau anak dia tanya boleh datang tengok di rumah Aqma.

Aqma boleh sangat nak tolong jaga. Sebab suka juga tengok arnab ini bermain. Aqma bagi nama Putih. 

Seekor lagi kawan Putih, kawan Aqma yang jagakan. Senang betul jaga Putih. 
Putih tahu makan makanan dia saja. Tak pandai makan makanan lain. 

Putih ini dari baka English Angora. Sebab itu bulu dia panjang sikit.


Ok tengok gambar je lah. nak keluar kejap. 


Wassalam




Ni la makanan Putih. Tahan dekat sebulan.



Putih sedang bersarapan. Ermm sedap nyer.



Ok. dah siap ni.. cepat la.. nak keluar main nih.





Tadaaa !! suka la dia.. dapat keluar main.



Cium-cium rumput. Putih tak makan pun rumput2 ni.





Sejuk pagi ni.



Subhanallah. Cantiknya ciptaan yang Maha Esa.  



Menikmati matahari pagi.
Sumber Vitamin D percuma dari Pencipta dan Pemilik alam ini.







Kena saja panas pagi terus bersemangat.
Main lari-lari ke hulu ke hilir. Bebas berlari.




Ehhtt.. brek.. 




Patah balik semula.



Tengah main lari-lari pun sempat lagi gi kacau kucing.. 
bual gapo tu Putih dgn Miau?



Daun mulbery pun dia tak reti nak makan.



Penat dah lari.. terus rehat.



















PERUBAHAN.. SIAPA YANG PERLU BERUBAH? HITAM PUTIH KEHIDUPAN

0 comments






Assalamualaikum

Menjadi kebiasaan saya setiap pagi sambil memandu ke tempat kerja saya akan ‘ON’kan radio sebagai peneman di pagi hari. 

Tempat kerja saya tak lah jauh sangat.Tetapi saya mengambil masa lebih kurang 30 minit juga untuk sampai ke tempat kerja. 

Ya lah. Dari rumah saya di Permatang Pauh ke tempat kerja di Prai mana boleh laju sangat.

Kenderaan pada waktu itu memang banyak. Jalan memang sesak. Kecuali musim cuti sekolah kenderaan agak berkurangan.



Suasana pagi ke tempat kerja

Motivasi Pagi

Sesi pagi saya biasanya ditemani dengan dua siaran ‘wajib’ setiap hari sebelum memulakan kerja. 

Pada pukul 7.30 pagi saya akan tekan butang 1 di radio saya dan pada 7.45 pagi saya akan tekan butang 2 sehingga lah sampai ke tempat kerja. 

Butang 1 saya setkan ke frekuensi 89.00MHz radio IKIM untuk slot Motivasi Pagi. Butang 2 saya setkan ke 97.50MHz, radio Kedah FM untuk slot Cuit-cuit Pagi.

Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. 

Banyak yang saya dapat belajar dari sini untuk memperbaiki diri ini yang kadang-kala semakin jauh dengan Allah SWT. 

Banyak juga tip dan kisah berguna yang dikongsikan sebenarnya.

Sedikit sebanyak ia dapat menyedarkan saya dari mimpi-mimpi indah dunia yang sementara ini. 

"Ya Allah.. jauh dah ni ya Allah.. niat aku dah lari ya Allah !!" cepat-cepat saya memperbaharui niat di dalam hati ini. 

Cepat sungguh hati ini berbolak-balik. 

fuh !! walaupun sekejap tapi ia memang dapat menceriakan pagi saya.


Memberi Inspirasi

Ia amat memberi inspirasi dan motivasi kepada saya. Tak rugi saya mendengarnya sebenarnya. 

Bila saya dah kena tazkirah macam ni baru rasa nak muhasabah diri.

Bila ingat mati ni memang saya takut. Tapi mengingati MATI ini adalah cara terbaik untuk saya menasihati DIRI.

Baru-baru ini Dr Shukri ada berkongsi di Radio Kedah FM dalam slot Cuit-cuit pagi tentang Perubahan. 

Saya tak berapa nak ingat dah jalan ceritanya. Tapi saya akan cuba cerita apa yang ingat mengikut jalan cerita saya lah. haha.. 

Ini lah bila tak tulis memang tak ingat. Tapi macam mana saya nak tulis pula. Saya sedang memandu ketika itu. 

Apa pun saya suka dengan gaya penyampaian Dr Shukri Abdullah yang menarik, ringkas tapi padat. 

Bagi saya beliau memang Pakar Motivasi yang hebat. Beliau bercakap tentang perubahan. Siapa yang perlu berubah. Lebih kurang macam tu lah. 

Beliau menceritakan satu kisah..


Kisah Putera Charles dan Puteri Diana

Putera Charles dan Puteri Diana ada kapal layar yang besar. Maka mereka pun pergi belayar di iringi oleh anak-anak kapal.

Ketika malam, jelas kelihatan lampu dari kapal-kapal kecil di kejauhan yang mengelilinggi kapal besar Putera Charles. Bergemerlipan dalam gelap malam. 

Memang banyak kapal pengiring. Ini semua demi menjaga keselamatan Raja dalam kegelapan malam Selat Inggeris.

Setelah jauh belayar tiba-tiba kapten kapal DiRaja telah mengeluarkan suatu amaran kepada kapal pengiring yang berada di hadapan untuk memberi laluan.

Kapten kapal menggunakan sistem kod untuk menghatar mesej amaran tersebut kepada kapal pengiring yang berada jauh di hadapan..

Mesej berbunyi;

“Tolong ubah haluan kamu ke tepi. Beri laluan kepada kami.” Kapten Kapal memberi arahan.

Seketika kemudian mesej balas diterima dari kapal pengiring;

“Kami tidak akan mengubah haluan. Anda yang perlu ubah haluan.”  jawab kapal pengiring.

Dengan pantas Kapten Kapal menghantar mesej balas dengan harapan mereka segera beredar;

“Tolong ubah haluan kamu segera. Ini kapal diRaja. Kamu yang perlu memberi laluan." tegas Kapten Kapal.

Diam tidak berjawab. Masa semakin suntuk. 

Lama kemudian mesej berbalas;

“Kami tidak akan merubah haluan. Kami adalah rumah Api. Anda yang perlu merubah haluan.” jawab 'Kapal Pengiring' tersebut. 

Rupa-rupanya kapal pengiring yang disangkakan itu adalah rumah api sebenarnya. 

Dengan segera Kapten Kapal bertindak mengubah haluan bagi menyelamatkan keadaan.



Siapa yang perlu berubah?

Subhanallah. Kisah ini menjentik minda saya. Saya tak pasti samada cerita ini kisah benar atau pun rekaan. Tetapi ada pengajaran yang boleh dipelajari. 

Pengajaran yang saya dapat adalah kita selalunya merasakan orang lain yang patut berubah bukan kita. Orang lain yang patut berubah agar sesuai dengan kehendak kita. Kita merasakan kita sudah hebat dan semuanya sudah elok.

Dalam banyak situasi selalunya kita sukar untuk membuat perubahan munkin kerana telah selesa dengan keadaan semasa. Kesukaran untuk berubah ini kadang-kala ia akan membawa kerugian kepada diri kita sendiri.


Pada pendapat saya kita perlu bijak melihat kepada situasi dan keadaan.

Jadi kita boleh tanya kepada diri kita sendiri. Siapa yang perlu berubah dan patut berubah ? Apa yang perlu aku lakukan sekarang?

Ini kerana ada perkara yang dapat kita ubah dan ada perkara yang memang kita tak akan dapat mengubahnya.

Misalnya..



Tempat kerja

Kalau anda dapat Bos baru di tempat kerja. Anda yang telah bekerja lama perlu berubah atau Bos baru anda itu perlu mengikut gaya kerja anda? 

Anda jawab sendiri. Tapi. Kalau anda boleh ubah Bos anda. Anda ubahlah.. 

Kalau anda baru masuk bekerja atau anda dapat tempat kerja baru bagaimana pula?

Serasikan diri dan lakukan apa yang perlu. Yang penting setiap perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama.


Masa

Kalau anda banyak kerja. Tapi tak sempat nak disiapkan. Tak cukup masa. Anda yang perlu berubah atau matahari yang kena berubah? 

"Matahari !! Pusing perlahan sikit. Bagi jadi satu hari 25 jam. Tambah 1jam lagi baru cukup." Boleh macam tu?

Sudah semestinya kita yang perlu berubah. Bukan matahari. Matahari tetap sama pusingannya. Setiap orang akan dapat 24 jam sahaja sehari. Tidak lebih tidak kurang. Semua sama. 

Jadi pandai-pandailah kita mengaturnya. Susun kembali jadual kita. Ikut selera masing-masing lah. 24jam nak dibahagian 8 jam ke? 24jam nak dibahagi 6 jam ke? Asalkan masa dapat diuruskan dengan baik.



Ibu Bapa

Kalau kita sebagai ibu bapa yang sibuk dan tekun bekerja. Keluar pagi balik petang demi mencari rezeki. Kadang-kadang tiada masa untuk anak-anak. Kita yang perlu berubah atau anak-anak kita yang perlu berubah mengikut rentak kita?

Anak-anak masih kecil. Mereka belum pun dapat memahami. Belum mukallaf.
Kita yang mukallaf perlu ubah. Kita kena berhenti buat kerja lain. 

Bagi masa pada mereka. Tengok pelajaran mereka. Selalu bersama mereka. Bersembang dengan mereka. Berkawan dengan mereka. Mereka perlukan kasih sayang kita.

Jadi kita mesti beri keutamaan kita. Sesungguhnya mereka amat memerlukan perhatian kita. 


Ekonomi

Kalau ekonomi dunia jadi tak menentu. Berlaku krisis atau apa sahaja yang menjadikannya gawat. Harga barang meningkat dan berlaku situasi yang tidak memihak kepada kita. Kita yang perlu berubah atau ekonomi yang perlu berubah?

Kita semua pun tahu ia diluar kawalan kita. Ekonomi ini sudah semestinya ada pasang dan surutnya. Ekonomi dunia pun berubah bila sampai masanya. 

Kita tak boleh nak halang naik turunnya. Ia cepat terkesan dengan perubahan yang berlaku. Terkesan dengan bercana alam, peperangan, inflasi dan sebagainya. 
Semuanya dalam percaturan Pemilik alam ini di atas kebijaksanaanNya.

Jadi perlukah kita melakukan sesuatu atau sekadar berpeluk tubuh menerima sahaja suratan takdir? 

Sudah semestinya kita mesti bertindak menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi hari ini dan berusaha dengan lebih kuat daripada kita menyalahkan orang lain dan tidak berbuat apa-apa. 

Selalulah kita bertanya kepada diri;


PERLU kah kita membuat perubahan? 

BERANI kah kita untuk bertindak? 

MACAM mana untuk berubah?




Akhir kata, saya sampaikan apa yang disimpulkan oleh Dr Shukri dipenghujung slot untuk renungan bersama.


# Orang Bijak adalah orang yang dapat tahu bila perlu berubah.. dan Bila tak perlu berubah..

# Orang Berjaya adalah orang yang dapat berubah mengikut keadaan 

dan dapat menyesuaikan diri.



Jika anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan like button di bawah.
Semoga ia memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama mendapat manfaaat darinya.


Semoga kita semua berjaya.

Wassalam

Firdaus



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes