Anggur Mula Berbuah

4 comments



Pokok Anggur

Setahun yang lalu pokok anggur ini mula ditanam oleh ayah untuk teduhan di pergola.

Tak sangka pula tahun ni nak mula berbuah. Alhamdulillah syukur.

Setelah setahun.. ia mula berbuah

Setahun yang lalu.. gambar pokok anggur pada 24.11.2014

Cepat menjalar memenuhi ruang pergola

Subur dengan baja organik dari sang kelawar

Ada bunga yang baru muncul.. Nov 2015

Tangkai yang agak panjang

Masih menghijau.. 

Pokok Indigofera

0 comments




Indigofera

Alhamdulillah. Benih Indigofera yang ditanam setahun yang lalu telah mula berbuah. Benih Indigofera ini saya dapat melalui Bro Adil dari Lalahrivergoatfarm.

Cubaan pertama menyemai benih Indigofera ini gagal. Mungkin disebabkan medium tanah yang saya beli telah tercemar dengan kulat perosak. Atau mungkin juga disebabkan benih Indigofera terendam terlalu lama dalam tanah lembab.

Cubaan kedua saya terus tanam benih Indigofera ni tanpa rendam dan ganti dengan tanah yang lain yang diambil dari dusun. Alhamdulillah, kali ini menjadi.


Siraman cuma dibuat sehari sekali sehingga biji benih bercambah.



Bila dah agak besar saya pindahkan ke dalam polibag. 



Lebih kurang sebulan pokok ditanam di tanah


Sentiasa berbunga..dan berbuah.. gambar petang tadi. 6.30pm 2 Oct 2015.




Buah-buah yang masih hijau.. Syukur pokok hidup dengan sihat.



Hasil yang pertama.. 
Inilah benih Indigofera yang baru diambil petang tadi.

Ada yang masih hijau..

Insya Allah benih Indigofera ini saya akan keringkan terlebih dahulu untuk ditanam di dusun nanti. Semoga dipermudahkan olehNya.


Wassalam

By Firdaus


Nasi Mandy Kambing dan Daun Pecah Beling

0 comments



Kambing

Sebelum ini dah pernah masak Nasi Mandy. Tapi Nasi Mandy Ayam la.
Entah macam mana terbeli daging kambing 2kg dari kawan yang jual.

Mula-mula nak beli daging rusa je 1kg. Tapi bila tahu kambing pun ada. 
beli kambing lah.. hihi. 

Sebab my husband asyik-asyik cerita kambing. Sokmo-sokmo kambing. 
Pergi mana pun mata tu tak lepas cari kambing.

Banyak juga kandang kambing yang dia bawak pergi tengok, merata tempat. 
Seronok juga bagi makan kambing ni sebenarnya. Hilang penat tengok keletah kambing.

Hari ni daging kambing tu telah selamat menjadi nasi Mandy Kambing. 

Ini kali pertama Aqma masak Nasi Mandy Kambing. Tapi bukan kambing hok pelihara sendiri lagi lah. Katanya daging kambing ni diimport dari Sumatera, Indonesia.

Alhamdulillah. syukur dengan kesempatan yang ada.




Nasi Mandy Kambing Yaman menjadi pilihan Aqma..haha. kan senang.
 Yang ni pun beli dari kawan gak.


Cara membuatnya sudah tersedia dibelakang kotak. 
Alhamdulillah. Mudah saja caranya.




Aqma cuma sediakan daging kambing dan bahan-bahan untuk salad.
Sebab beras dan rempah ratus sudah sedia ada.





Beras dan rempah ratus.
 Aqma remdam dulu beras ni sambil tunggu daging direbus.




Kemudian basuh bahan untuk sos Harrah, salad dan sup.
Terung tu untuk masuk dalam nasi. Daun ketumbar pulak tak dok.




Tomato, bawang putih, cili hijau dan jus lemon untuk sos Harrah.
Yang ni Aqma kisar dan masukkan dalam peti sejuk.





Yang selebihnya. Tomato, timun, bawang besar dipotong kecil. 
 Masuk dalam ke dalam peti sejuk juga.




Acara menumis pula. Bawang putih dan Bawang Besar 
ditumis bersama rempah.





Siap tumis, masukkan rempah ke dalam periuk bersama beras.



Masukkan sebahagian daging yang dah siap direbus
bersama air rebusan daging.


Tutup dan tunggu sehingga masak.


Sementara menunggu nasi masak buat sup dulu dengan 
sebahagian daging yang dah direbus tadi.


Tada !! Nasi dah siap masak. 


Siap dihidang bersama periuk..hihi



Bismillah.. jemput semua. Alhamdulillah. sedap jugak.
Kambing pun tak bau sangat. Isi pun lembut sangat.
Bolehlah untuk pertama kali.




My Husband petik daun pecah beling untuk direbus.


Secekak daun siap dipetik


Direbus bersama 4 cawan air.. 
Aqma rebus sehingga tinggal hampir 3 cawan air.


Air rebusan daun Pecah Beling ni bagus untuk kurangkan kolestrol..
Lepas makan kambing rasa lega sikit kalau minum air rebusan ni suam-suam gitu.



Sebelum tidur telan 4 biji Herblax untuk detox.
Esok petang memang kena 2 round la senaman..huhu.


Semoga dapat meneruskan cabaran NECK oleh Master Maria Firdaus dengan jayanya. Amiinn. 

Sekian saja untuk kali ini. Wassalam.

Aqmariah
 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes