Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Sesungguhnya Allah SWT yang memberikan ruang waktu untuk
kita istiqamah melakukan ativiti yang baik seharian.
Waktu yang
diberikan olehNYA hendaklah digunakan dengan baik dan jujur.
Hindarkan sikap-sikap
mazmumah dan banyak amalkan sikap mahmudah dalam diri.
Alhamdulillah…
telah selesai segala jenis ‘mak nenek meeting’ setelah lebih kurang seminggu
mesyuarat berlangsung.
Rasa lega sangat. Tapi petang kelmarin rasa bersalah kepada
seorang sahabat, kerana tidak hadir meeting Conferences yang berlangsung pada
jam 2.30 petang.
Really 1000x sorry K.Shazmin kerana biarkan K.Min sorang je
ke meeting tersebut.
Petang kelmarin
juga banyak sangat kerja menanti. Kena fokus kat report academic audit
yang dah seminggu tertangguh kerana sibuk dengan meeting, meeting, meeting yang
baru habis.
Walaupun mesyuarat berhari-hari berlangsung, tetapi ibadah tidak dilupakan sepanjang bulan puasa
ni. Malah terasa lebih bersemangat untuk lebih memahami Kalam Allah yakni Kitab
Suci Al-Quran..
Syukur. Masih
dapat bertadabbur setiap hari. Nikmat waktu terluang yang diberi olehNYa.
Alhamdulillah ,
Allah memberi peluang untuk memahami
dengan lebih mendalam akan maksud di setiap penurunan ayat- ayat dalam Al-quran
dengan adanya bantuan Asbabun Nuzul.
‘Al-Quran The Choice’ menjadi pilihan Aqma
Target 1 juzuk setiap hari kerana tak mau terlepas peluang
mendapatkan kelebihan Ramadhan.
Setiap hari, Aqma cuba bahagikan masa untuk mentadabbur
Al-Quran. Selepas solat subuh Aqma baca 10 mukasurat, selepas zohor 5 mukasurat. Selepas asar 5 mukasurat atau
kalau tak sempat lepas asar, di qada’ baca selepas tarawih 5 ke 10
mukasurat. Terkadang terlebih 1 juzuk
lebih.
Walaupun tahun ni keseorangan membaca Al-quran tetapi Aqma
tetap merasai kemanisan ayat-ayat suci Allah ini.
Jika dimulai dengan niat yang baik, insyaAllah Allah
permuadahkan. Kita akan merasai kemanisan iman tu.
------------------------------------------------------
Surah Al-An’am: 160
Imam Ahmad ibn Hanbal meriwayatkan dari sahabat Ibnu Abbas
r.a. menuturkan, bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda tentang hadits yang
diriwayatkan dari Tuhannya,
“ Sesungguhnya, Allah ‘Azza wa Jalla adalah Zat Yang Maha
Penyayang.
Barangsiapa yang berniat hendak melakukan sebuah kebaikan,
dan dia tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kebaikan.
Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka ditulis baginya dengan
sepuluh hingga tujuh ratus kali lipat, bahkan berlipat-lipat.
Dan barangsiapa berniat hendak melakukan sebuah kejahatan
dan tidak jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya dengan satu kebaikan.
Dan jika ia jadi mengerjakannya, maka dicatat baginya satu
kejahatan atau Allah akan menghapuskannya.
Dan tidak ada yang binasa di hadapan Allah, kecuali orang
yang binasa (baragsiapa yang kejahatannya berlimpah-limpah hingga mengalahkan kebaikannya,
maka dia adalah orang yang binasa).”
(HR. Al Bukhari Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, 2/196)
(HR. Al Bukhari Muslim, Tafsir Ibnu Katsir, 2/196)
---------------------------------------------------------
Every week.. adik
Aqma Hakimi yang berada di Maahad Tahfiz Darul Quran Jakim Kedah akan datang menemani untuk bertadabbur Al-quran bersama-sama.
Alhamdulillah, Aqma tidak kesunyian, setiap minggu suami dan adik balik
menemani untuk bertadabbur bersama-sama.
Terkadang sambil bertadabbur, diselitkannya tazkirah yang
menyentuh hati.
Syukur sekali lagi pada Mu ya Allah kerana banyak nikmat
yang telah kau berikan kepada kami tanpa kami sedari.
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???..
Akhir kalam,
Sambutlah Ramadhan dengan penuh rasa syukur dan jiwa yang
terbuka..
Aqma doakan kita semua dapat yang terbaik untuk Ramadhan
kali ini.
Jom hayati Lirik Lagu
dari kumpulan Hijjaz yang penuh pedoman..
‘NASIHAT RAMADHAN’…
Bulan
Ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar
Besar
Ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat
Pelihara
mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir
selawat doa panjatkan
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali
Bulan
Ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
Allahu
ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan
Banyakkan
i’tikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
0 comments:
Catat Ulasan