Pokok Indigofera




Indigofera

Alhamdulillah. Benih Indigofera yang ditanam setahun yang lalu telah mula berbuah. Benih Indigofera ini saya dapat melalui Bro Adil dari Lalahrivergoatfarm.

Cubaan pertama menyemai benih Indigofera ini gagal. Mungkin disebabkan medium tanah yang saya beli telah tercemar dengan kulat perosak. Atau mungkin juga disebabkan benih Indigofera terendam terlalu lama dalam tanah lembab.

Cubaan kedua saya terus tanam benih Indigofera ni tanpa rendam dan ganti dengan tanah yang lain yang diambil dari dusun. Alhamdulillah, kali ini menjadi.


Siraman cuma dibuat sehari sekali sehingga biji benih bercambah.



Bila dah agak besar saya pindahkan ke dalam polibag. 



Lebih kurang sebulan pokok ditanam di tanah


Sentiasa berbunga..dan berbuah.. gambar petang tadi. 6.30pm 2 Oct 2015.




Buah-buah yang masih hijau.. Syukur pokok hidup dengan sihat.



Hasil yang pertama.. 
Inilah benih Indigofera yang baru diambil petang tadi.

Ada yang masih hijau..

Insya Allah benih Indigofera ini saya akan keringkan terlebih dahulu untuk ditanam di dusun nanti. Semoga dipermudahkan olehNya.


Wassalam

By Firdaus


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes