KAMBING JENIS APA?



A Pygmy Goat - From Wikipedia, the free encyclopedia
A Pygmy Goat - From Wikipedia, the free encyclopedia

Assalamualaikum

Kali ini saya nak cerita tentang ternakan kambing yang mana kebanyakkan maklumat ini saya perolehi dari pembacaan di blog-blog perkambingan yang ada.


Saya memang minat bercucuk tanam dan memelihara haiwan. Suka memerhati dan berfikir tentang kejadian alam. 


Bagi saya ianya dapat memberi ketenangan dalaman yang tak terucap dengan kata-kata bila dapat menatap pokok-pokok dan haiwan yang diciptakan dalam pelbagai jenis, bentuk dan rupa untuk kita umat manusia. 


Sungguh mendamaikan. Segala masalah dan penat lelah bekerja yang ada hilang tanpa dipaksa. 
Inilah nikmat yang Allah Ta'ala kurniakan kepada kita yang perlu kita syukuri. 

Macam-macam haiwan juga yang saya pelihara dan macam-macam pokok juga yang saya tanam demi kerana minat saya ini.


Tapi sekarang tiada lagi haiwan peliharaan kerana kesibukan bekerja. Cuma masih berkesempatan bercucuk tanam. Biasanya saya berkebun pada hujung minggu sahaja.

Ok. berbalik kepada cerita kambing. Sejak minat saya tertumpu kepada ternakan kambing, banyak bacaan yang saya lakukan tentang ternakan kambing ini.

Berdasarkan pembacaan saya, kambing adalah haiwan dari kelas mamalia yang diternak untuk pelbagai tujuan. 

Ada 3 kategori yang utama bagi baka-baka kambing yang diternak. 

Ada baka untuk pedaging.. ada baka untuk tenusu..dan ada baka untuk kedua-duanya sekali. Ada juga yang diternak sebagai pet, binatang kesayangan..


Baka Kambing Pedaging

1. Boer
2. Katjang/Kacang/Kampung
3. African Pygmy 
4. Kacukan Katjang


Baka Kambing Tenusu

1. Saanen
2. Toggenberg
3. Oberhasli


Baka Kambing Tenusu dan Pedaging

1. Shami
2. Jamnapari @ Ettawah
3. Anglo-Nubian
4. British Alpine
5. Nigerian Dwarf

Ada banyak lagi baka kambing yang ada. Cuma saya dapati yang biasa dikenali adalah seperti yang saya senaraikan di atas.


Jadi catatan ini akan saya jadikan panduan rujukan saya dimasa akan datang. 


by Firdaus











1 comments:

  1. Harrah's Reno - Mapyro
    Harrah's Reno. 남양주 출장안마 777 Casino Center 김포 출장샵 Drive Reno, NV 89449. Directions. 시흥 출장안마 (775) 562-7755. 경주 출장안마 Directions · (775) 562-7755. Call Now 포항 출장샵 · More Info. Hours, Accepts Credit Cards

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes