Ku Temui Cara Kurus di Shanghai

0 comments



Kunjungan ke Shanghai beberapa bulan lalu telah membuka jalan untuk saya bertindak semula. Bertindak mencapai impian saya yang selama ini terpendam.

Dulu impian ini pernah hampir digapai dengan NECK 1, tapi apakan daya lama kelamaan kembali seperti sediakala.

Kesempatan selama 2 minggu di Shanghai telah dapat mencetus kembali impian ini. IMPIAN ingin KURUS.

Segala ilmu semasa di NECK 1 saya gunakan sebaiknya. Ya... saya mula bertindak. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.

Cara hidup semasa NECK 1 saya terapkan betul-betul. 

Nak kurus mesti makan nasi. Nak kurus mesti makan 5-6 kali sehari. Nak kurus mesti buat senaman. Nak kurus mesti minum air cukup. Nak kurus mesti tidur cukup.

5 Tip mudah untuk kurus semasa di NECK1 saya amalkan bersungguh-sungguh di sini.


Bawa Periuk Nasi Kecil


Bermula di Shanghai saya masak bekal sendiri untuk ke tempat kerja. Periuk nasi kecil telah memberi suntikan semangat untuk saya masak sendiri di sini.

Beras, lauk segera saya beli awal-awal lagi di Malaysia. Memang mudah cuma perlu masak nasi dan panaskan lauk.

Tiba saja di service apartment saya buka beg besar keluarkan periuk nasi yang dibawa khas. Susun semua barang dan mula basuh beras untuk persiapan makan malam.

Lepas tu tekan butang cook dan terus mandi. Periuk ni memang mudah sebab boleh panaskan lauk sekali di bahagian atas.

Siap mandi dan mengemas dah siap makan malam saya. Nak pi cari kedai makan dihari pertama tiba pun badan masih penat lagi.



Nasi siap dimasak bersama lauk segera.
Syarat pertama untuk kurus NECK 1 tercapai; Nak Kurus mesti makan nasi. 

Masak Sendiri


Bila masak sendiri senang saya nak anggar untuk makan esok sekali. Saya masak nasi lebih untuk bekal esok.

Cuma perlu panaskan semula nasi tu bersama lauk baru esok pagi. Tak la terkejar-kejar esok pagi untuk masak dan ke tempat kerja.

Secara tak langsung saya dah siap masak untuk sarapan pagi jam 7-8 pagi, snek jam 10-11, makan tengah hari 12-1, snek jam 3-4, dan makan malam jam 6-8 malam.

Saya akan makan nasi untuk setiap waktu makan. Untuk snek jam 10 dan jam 3 saya makan 3 sudu nasi sahaja. Kadang-kadang saya ambil biskut serat tinggi yang saya bawa.

Jadi siaplah makanan saya untuk malam ini dan esok. Begini la rutin yang saya amalkan untuk baki 13 hari lagi di sini.

Di Shanghai


Di Shanghai pun mudah jumpa nasi. Ada banyak menu berasaskan nasi boleh dicuba di kedai mee tarik.

Selain mee tarik, mereka juga sediakan lauk dan sayur campur yang siap dimasak. Lauk ni untuk dimakan dengan nasi atau mee tarik.

Boleh saja nak order nasi bersama lauk panas samada  daging ayam, kambing, yak, dan lembu. Memang sedap sebab boleh makan panas-panas bersama dengan sup.


Makan di kedai. Ada sayur. Ada sup panas.

Cuma kadang-kadang saja saya makan di kedai jika inginkan kelainan rasa. Saya jarang makan di kedai kerana saiz hidangan yang besar. Boleh habiskan cuma jadi terlalu kenyang. Tapi agak berbaloi dengan harga.

Nak order nasi separuh macam tak berjaya lagi. Sebab cakap bahasa isyarat saja. Macam ayam dengan itik. Cakap nak separuh tapi bila sampai macam sama saja..ha.ha.

Jika ada pelanggan disitu yang boleh berbahasa inggeris boleh la mereka faham. Tapi bila order selalu ada gambar dekat menu. Tunjuk gambar je senang.

Untuk kunjungan kali ini saya banyak order lauk saja. Bungkus dan balik makan dengan nasi yang saya masak sendiri di bilik. Kerana saya ada misi yang nak dicapai. Cuma sekali-sekala makan mee tarik dikedai.

Ke Tempat Kerja


Ada dua pilihan nak ke tempat kerja. Teksi dan MRT. Selalu saya akan pilih teksi kerana tak perlu bersesak dengan orang ramai diwaktu pagi.

Tempoh perjalanan tak banyak beza antara MRT dan teksi. Cuma bila naik teksi agak kurang berjalan kaki berbanding MRT.

Jadi selepas kerja saya akan ambil 30minit setiap hari untuk berjalan kaki. Jalan-jalan cari makan. Ada beberapa kedai mee tarik di kawasan sekitar tempat kerja.

Saya bungkus lauk bersama sayur campur untuk makan malam dan bekal esok. Senang. Rasa pun sedap dengan daging segar. Boleh juga pelbagaikan rasa.

Jadi selepas kerja misi saya untuk senaman dan bekal untuk esok tercapai.. makan nasi.. makan 5-6kali sehari.. dan buat senaman.

Saya gemar berjalan kaki kerana ia senaman mudah. Tak perlu tukar baju dan tak perlu alatan khas. Cuma perlu berjalan saja sambil melihat keadaan sekitar. Beriadah sambil hilangkan stress kerja.

Memang mudah senaman jalan kaki ni. Jalan saja bagi laju sikit. Tak larat.. jalan je perlahan. Yang penting ada pergerakan.

Setiap hari misi saya untuk senaman cuma dengan cukupkan 10,000 langkah. Lain-lain senaman tak ada. Ini saja yang saya buat untuk 14 hari di sini.

Air Secukupnya


Di sini saya lebihkan minum air kosong. Cuma untuk snek pukul 3-4 ptg saya buat air coklat panas untuk hilangkan penat bekerja.

Dengan berat badan 83kg ketika itu saya perlu minum 3.32 liter air sehari. Bekas air saya pastikan selalu ada bersama di dalam beg.

Perlu ada bekas air untuk mudah sukat berapa liter air yang saya dah minum. Bila bekas air sentiasa ada bersama dengan mudah saya cukupkan 3 liter air sehari.

Tidur Awal


Saya akan elakkan tidur lewat. Selewatnya jam 11 malam. Setelah siap senaman dan beli makanan selepas balik kerja saya akan pulang ke bilik.

Balik saja dari tempat kerja saya meneruskan aktivit malam. Mandi, solat dan persiapan makan malam.

Lepas siap semuanya ada la tengok rancangan di televisyen sementara menunggu jam 11. Sambil menunggu makanan dihadam.

Penting sekali tidur yang cukup di waktu malam kerana ia memberi tenaga baru untuk esok. 

Badan akan rasa lebih segar untuk saya teruskan segala aktiviti esok hari termasuk misi 10,000 langkah saya.

Beginilah aktiviti ringkas saya selama 14 hari di sini. 

Dapat amalkan 5 tip muadah ilmu NECK sepenuhnya kerana saya dah rancang dari awal lagi. 

Nak kurus mesti makan nasi. 
Nak kurus mesti makan 5-6kali sehari. 
Nak kurus mesti buat senaman. 
Nak kurus mesti minum air cukup. 
Nak kurus mesti tidur cukup.

Hasilnya berat saya turun 4kg selepas tamat 2 minggu. Lebih kurang seminggu turun 2kg. 

Bagi saya memang banyak penurunan ni. Sebab sebelum ini kalau ke luar ke mana-mana, balik timbang memang naik berat berat badan atau sekadar sama berat sebelum. 

Tapi dengan cara hidup baru dengan NECK saya berjaya merubahnya. Target saya ingin mencapai berat ideal 62-65kg.

Berat selepas 2 minggu dah jadi 79kg selepas turun 4kg. 14kg lagi yang perlu diusahakan.  

Apa yang saya dapat simpulkan ialah bukan Ku Temui Cara Kurus di Shanghai. 

Sebenarnya saya telah temui semula KUASA TINDAKAN. 

Ya.. kuasa untuk bertindak mencapai impian saya untuk kurus. 

Selama ini segala ilmu di NECK 1 menjadi sia-sia kerana saya tidak dapat bertindak.

Dengan KUASA TINDAKAN... 
NECK menjadi kenyataan. 

Wassalam
Mohd Firdaus 

Nota: NECK adalah program Coaching Online Kurus no.1 di Malaysia. 
- Now Everyone Can Kurus -

Untuk mengetahui maklumat tentang NECK boleh baca di sini: 
www.everyonecankurus.com


Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Firdaus 019-4158771 (Call or WhatsApp)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes