Assalamualaikum
Bidang
perniagaan merupakan antara sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah
SAW kepada kita semua.
Dalam diam saya juga mempunyai minat untuk berniaga.
Apa yang saya perhatikan, ramai yang tidak gemar berniaga kini telah mempunyai minat untuk memulakan bisnes sendiri.
Ada
yang sedang cari idea.
Ada yang sedang berangan-angan.
Ada yang masih lagi berfikir.
Buah Berangan a.k.a Chestnut yang di jual di Queen Victoria Market, Melbourne. Ia dapat melancarkan darah ke otak.
Ada
yang telah mula membuat perancangan. dan lagi best..
Ada
yang telah mulakan langkah.. secara part time atau
kecil-kecilan.. Tahniah kepada mereka !!
Pengeluar atau Pengedar
Ada
yang masih tertanya-tanya mahu jadi pengeluar atau pengedar..
Ada
yang mahu menghasilkan produk dan memasarkan produk sendiri.. ya,
buka kilang..
Ada
yang mahu menjual produk orang lain yang sedia ada..
Mereka
ini menjadi begini kerena mereka semua minat berniaga...
Saya sendiri pun turut memikirkannya.. nak menghasilkan produk sendiri atau jual saja produk orang lain yang sudah siap..
Sehingga
suatu hari saya terbaca sebuah artikel yang membantu saya dalam membuat
keputusan nak berniaga apa.
Saya telah membaca artikel yang dikarang oleh Pn Ainon Mohd, seorang usahawan
yang hebat dan kreatif di FB beliau tentang bisnes pengedaran.
……………………………………………….
Membuka
syarikat pengedaran....
Pengedar
lebih kaya daripada pengeluar. Ini kita dapat lihat di
sekeliling kita.
Pengedar
produk pertanian dan perikanan lebih kaya daripada petani, penternak
dan nelayan.
.
Dalam rantai pemasaran dari pengeluar kepada pengguna, duit besarnya adalah dalam pengedaran.
Bisnes pengedaran adalah paling menguntungkan.
Pengedar
main volume.
Meskipun marginnya nipis, namun dengan volume yang besar pengedar menikmati keuntungan besar.
Ini Nabi kita sudah tunjukkan kepada kita. Nabi adalah seorang trader-distributor.
Baginda tidak
pernah memasuki bidang pembuatan dan pengeluaran.
.
Dari sudut bisnes, risiko paling besar ditanggung oleh pengeluar.
BUKAN
oleh trader yang menjadi pengedar mahupun peruncit.
Jangan
keluarkan produk, melainkan produk itu sudah ada pengedarnya.
.
Mengapakah pengedar tidak menanggung risiko?
+
Pengedar boleh memilih bagi mengedarkan produk-produk yang dijamin
ada permintaannya dari peruncit.
+
Kalau barang kita tidak ada permintaan dari peruncit, pengedar pun
tidak mahu mengedarkannya.
+
Pengedar tidak terpaksa mengedarkan apa yang dikeluarkan oleh
pengeluar. Ini kes yang berlaku mengapa tomato pernah
dibuang begitu sahaja di Cameron Highlands.
.
Mengapakah peruncit tidak menanggung risiko?
+
Peruncit ambil jumlah yang dia yakin dia dapat jual sahaja.
+
Kalau barang itu tidak laku, pengedar boleh ambil semula.
+
Peruncit boleh pulangkan produk tak laku kepada pengeluar.
.
Bisnes pengeluaran yang besar-besar semuanya melakukan pengedaran mereka sendiri.
Roti Gardenia, Nestle, Coca-Cola, Yeo's.
Namun
kos membuka syarikat pengedaran milik kita sendiri adalah sangat
besar, lebih besar daripada kos pembuatan produk kita.
.
Bisnes pengedaran adalah bisnes Nabi kita. Ikut Nabi kita.
Gunakan
duit bagi membuka syarikat yang mengedarkan produk-produk
keluaran syarikat lain.
Kita
perlu belajar ilmu pengedaran. Namun kita disibukkan dengan aktiviti
bisnes pembuatan...
……………………………….
Nota
penting : Nabi adalah seorang trader-distributor
Kesimpulan yang dapat saya buat adalah bidang pengedaran adalah lebih mudah bagi memulakan sesuatu bisnis.
Ia
hanya memerlukan modal yang rendah..
Dengan adanya ilmu pengedaran yang mantap ia akan memberikan kita peluang membina 'brand' kita kita sendiri..
Kita lebih mudah berjaya kerana kita terus sahaja fokus kepada penjualan produk tanpa perlu memikirkan pembuatan produk dan kajian produk..
Mudah
untuk kita mengumpul modal bagi membuka apa sahaja bisnis yang kita
sasarkan, bisnis pembuatan/pengeluaran kita sendiri kelak.. dan kita
telah kuasai ilmu pemasarannya..
Ok..
Di sini saya ingin kongsikan satu kisah hidup seorang yang tidak minat berniaga tapi telah menukar hidup beliau kepada seorang pengedar yang berjaya..
Mengedar barangan orang lain dengan jualan yang mencecah ratusan ribu ringgit hasil dari ilmu pemasaran yang diberikan oleh suami beliau.
Sila klik pautan di bawah..
Di sini saya ingin kongsikan satu kisah hidup seorang yang tidak minat berniaga tapi telah menukar hidup beliau kepada seorang pengedar yang berjaya..
Mengedar barangan orang lain dengan jualan yang mencecah ratusan ribu ringgit hasil dari ilmu pemasaran yang diberikan oleh suami beliau.
Sila klik pautan di bawah..
Jika
anda suka dengan entri ini, mohon anda tekan like button di bawah.
Semoga
lebih ramai boleh mendapatkan ebook ini secara percuma dan semoga ia
memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama berjaya.
Semoga
kita semua berjaya.
Wassalam
0 comments:
Catat Ulasan