Berkabus pagi ni.. sejuk.
Komuter Arau ke Bukit Tengah.
Komuter Arau ke Bukit Tengah.
Suasana berkabus..
Sudah sebulan lebih saya menggunakan khidmat komuter KTM untuk ke tempat kerja di Prai.
Sejak jadual baru komuter dikeluarkan pada 1 Julai 2016 saya membuat keputusan untuk mencubanya pada bulan September yang lalu.
Awal pagi
Selesa dan harga pun ok. Badan pun tak penat lagi untuk memandu kereta setiap hujung minggu.
Sekarang saya boleh berulang alik setiap hari dari Changlun ke Prai. Dulu pulang setiap hujung minggu saja.
Saya ada dua pilihan stesen KTM di Changlun. Stesen Kodiang dan stesen DiRaja Arau.
Saya dah cuba keduanya. Buat masa ini stesen DiRaja Arau jadi pilihan saya kerana masa perjalanan dari rumah lebih singkat.
Tempoh perjalanan dari Arau ke Bukit Tengah adalah 1jam 25minit. Kekerapan perjalanan komuter disediakan setiap 1 jam. Banyak juga perhentian yang disediakan.
Jadual komuter dua hala.
Padang Besar - Butterworth
Tiket boleh dibeli terus di kaunter stesen KTM. Cuma di stesen Kodiang kaunter tidak dibuka pada waktu pagi. Perlu bayar terus di Bukit Tengah.
Harga tiket
Saya perhatikan ramai juga yang menggunakan khidmat komuter ni.
Kadang-kadang terpaksa berdiri kerana tempat duduk penuh.
Apa pun tahniah kepada KTM kerana dapat sediakan perkhidmatan yang bagus.
Saya suka kerana ia bersih dan masa perjalanan tepat waktu.
Tahniah
Wassalam
Firdaus
0 comments:
Catat Ulasan