SEMAKIN KITA BERJAYA SEMAKIN KITA LUPA ALLAH.. BAGAIMANA?



TAZKIRAH JUMAAT 




Email dari sahabat untuk dikongsikan bersama:-

Assalamua'laikum w.b.t.
Kullu a'min waantum bikhoir.



BALANCE ACTION PLAN.. BALANCE OBJECTIVE.. BALANCE TARGET.. BALANCE IMPROVEMENT.. BALANCE OUR LIVE.. DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN.."ON LOAN".. ya hutang kita dengan Allah.. SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA..


SEMAKIN KITA BERJAYA, SEMAKIN KITA LUPA ALLAH

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.


Hairan kan?? Kadang2 kita tak terperasankan pun:-

Lazimnya...

1) Dari bujang... kahwin no.1----no.2----no.3 dan no.4.

2) Dari pakai moto kapcai --- kancil... wira --- Honda Type R ---- dan seterusnya..

3) Dari main lumpur sawah ----- badminton ----Golf ----Polo.....dll

4) Rumah sewa---- rumah kos rendah ---rumah teres --- banglo...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager----CEO...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- LCD ---- LED ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Bidara --- Pulau Langkawi ---- Hawaii....

8) mengail/mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam----laut dalam (sewa bot mewah)......


Boleh kata dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...TETAPI. .. yang seharusnya kita perasan atau ambil tahu dengan penuh kesungguhan kita ketepikan..

KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

Kita duk sibuk dengan loan sana .. loan sini.. untuk rumah, untuk kereta, untuk motor besar, untuk kredit and whatsoever (macam kata kat diri sendiri plak tapi takpa, nama pun tazkirah. kalau xperingat orang, diri sendiri pun duk lupa)...tapi dalam duk sibuk-sibuk tu, adakah kita ingat Allah, Tuhan yang Maha Pemberi yang telah mengurniakan semua nikmat tu kepada kita.. 


DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... ya hutang kita dengan Allah..

Setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa ke arah "PERSEDIAAN UNTUK MATI"???

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Singapura ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00 -----wakaf....

5) sembahyang di rumah --- sembahyang di surau ---- masjid...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/suratkhaba r/internet & 1 jam membaca ALQURAN/selawat, zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini ialah PERSONAL improvement banyak ke arah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan...

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal solat 5 waktu, tetapi beransur-ansur......


Kalau dulu rajin berjemaah disurau/masjid, tetapi sekarang sembahyang seorang diri dan beransur-ansur......


Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISKO... Bila tuhan beri kenaikan pangkat dan gaji, lebih dari benda seperti ni dah jadi biasa... Macam-macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah ia berlaku di kalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, dll.
Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari. Tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanafaatkan dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal untuk-Nya dan demi untuk mendapat balasan syurga untuk selamanya...infiniti...

Semoga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita khususnya diri saya sendiri untuk terus mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan Rasul menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Rasullullah S.A.W telah bersabda (saya lupa akan perawi hadis ini dan kategori hadis ini sama ada sohih, hasan, dhoif atau maudu'.
Mohon muslimin muslimat yang tau, ingatkan saya):

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka dibangkitkan dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid;

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan; dan

3.Orang berpuasa di hari Arafah."


Sekadar itu,
والله تعالى أعلم


Renungkan, muhasabah, beribadat dan bertaubatlah. Yang baik itu daripada Allah .SW.T. dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan dan kejahilan diri saya sendiri. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.

(MUHAMMAD AL-HAFIZ BIN RAZALI @ SAIDINA ALI)
Pengerusi Biro Agama
Kelab Kebajikan & Sukan PSUKPP

-by Firdaus

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
  • AqmaFirdaus © 2012 | Designed by Home, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes